Pengalaman Indah Sejak Join Shaklee

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Kebelakangan ni bila dok sesorang dan bertafakur, betapa saya rasa sangat bersyukur kerana Allah lorongkan jalan untuk saya bertemu dengan team hebat Shaklee. Sukar digambarkan dengan kata-kata, bukan kerana monetary value, tapi value yang nyata lebih berharga, lebih bernilai. Priceless!! Nikmat Islam dan Iman.

Sejak kecil saya diterapkan dengan nilai-nilai murni oleh mama, aboh dan keluarga. Nilai-nilai Islam yang diajar kepada kami adik beradik sejak daripada kami kecil. Masih teringat betapa garangnya aboh dulu masa ajar kami adik beradik mengaji Quran, dalam takut-takut kami cemerlang, insyaAllah.
Bersambung ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah, matrikulasi dan universiti nilai-nilai ini terus saya bawa dan terapkan. Saya adalah lulusan sekolah agama (arabic school), dan semasa di universiti bidang yang saya ambil masih kuat dengan nilai-nilai agama, Muamalat Administration. 

Mengenali insan-insan hebat dalam team Shaklee saya buat saya belajar banyak hal-hal ukhrawi yag saya kira amat diambil mudah dahulu. Sampai adik-adik boleh cakap 'along nampak sangat lain sejak join shaklee'. Lain apabila setiap hari bersolat sunat dhuha, zikir jadi mainan mulut dan masih berusaha untuk bangun setiap malam bersujud tahajjud kepadaNya. MasyaAllah, nikmat iman ini masih mampu dirasai, masih mampu dipraktikkan.

Bukan saya tidak tahu mengenai solat sunat dhuha sebagai pemudah rezeki, bukan tidak tahu segala zikir-zikir indah dan bukan tidak tahu segala solat-solat sunat yang lain tetapi ntahla. Masa lalu yang banyak terbuang, masa lalu yang banyak terlalai. Alhamdulillah, dengan team yang banyak menyokong saya, saya rasa sedikit demi sedikit ketenangan dan nikmat islam, iman dan ukhwah.

Mereka, mereka ini yang diutuskan oleh Allah untuk menyedarkan saya kembali. Allahurabbi..Sesekali terasa sayu kerana banyaknya masa saya yang terbuang dahulu dengan perkara sia-sia. Alangkah baiknya kalau dari dahulu saya jumpa kumpulan ini, walau untuk berniaga tetapi nilai yang saya dapat melebihi nilai duit, melebihi nilai kemewahan.

InsyaAllah, selagi saya masih mampu, akan saya teruskan segala amalan kerohanian ini. Banyak yang saya belajar sepanjang hampir 4 bulan saya join Shaklee. Terlalu banyak yang saya belajar sepanjang hampir 4 bulan saya mengenali insan-insan hebat dalam kumpulan kami yang saling menyokong satu sama lain.

Terima kasih semua, terima kasih atas segala jasa dan nasihat kalian yang tidak pernah putus-putus pada saya yang masih merangkak ini.

Catatan rasa;
Jazilah Ilyas
SID 1070931
011-16111619

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment