Tips Kuruskan Badan Secara Sihat

Jom cerita lagi tentang cara-cara nak kurus. Biasala kan, sape yang tak nak cantik, sape yang tak nak sihat kan? Kurus tak bermakna sihat tapi kalau terlalu berisi dah confirm tak berape sihat la kan? So kita nak yang seimbang, fit dan semestinya cantik :P

Banyak tips untuk kurus dan turunkan berat badan ni sebenarnya, semuanya bergantung pada keinginan dan disiplin kita. Kalau takde disiplin yang tinggi, telan la suplemen atau pil yang beribu ringgit pun kalau kita takde disiplin tak ke mana impian kita tu. Yang paling cepat operate buang lemak la, tapi tak mau la kan?

Pengambilan nutrisi yang betul dan lengkap serta diet pemakanan yang sihat adalah kunci utama kepada proses penurunan berat badan yang berkesan. Pernah dengar saranan makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit lebih baik daripada sekali makan tapi dalam kuantiti yang banyak? Yup, makan sedikit-sedikit jauh lebih baik daripada makan sekali tapi banyak. Ini kerana badan kita akan sentiasa bertenaga dan perut pun senang nak proses kemasukan makanan ni. 

Yang paling penting, JANGAN SKIP MAKAN kerana metabolisma badan akan menurun dan nafsu makan akan bertambah-tambah. Selain itu kita juga kena tahu kalori yang kita ambil dalam sehari. Cuba tengok berapa kalori yang kita ambil setakat ni. Mau terkejut kot.


Kita juga sangat disarankan meminum air putih dalam kuantiti yang banyak. Secara asasnya setaip 25kg berat kita memerlukan 1liter air. Haa, sila kira berapa liter air putih yang kita perlukan berdasarkan berat kita ya. Paling kurang minumlah 3liter sehari. Air putih/air mineral tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. 

Kurangkan manis sama ada dalam makanan atau minuman juga akan banyak membantu penurunan berat badan. Contohnya ramai yang salah faham dengan skip nasi/karbohidrat dan makan lebih buah-buahan, lebih sihat katanya tetapi mereka lupa/tidak tahu bahawa buah-buahan walaupun mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan. Jadi bersederhanalah dalam pemakanan kita. 

Kita juga perlu tahu bahawa pengambilan protein adalah lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. Jadi disarankan hanya ambil segenggam karbohidrat sama ada nasi, roti, mee atau kentang dalam jumlah yang dicadangkan dan tambah lauk. Kita memerlukan 2-2.5g protein untuk setiap kg berat badan.

Energizing Soy Protein (ESP) dan Cinch Mix Shaklee adalah 2 bentuk minuman yang kaya dengan protein. Bezanya ESP sedikit murah dan tinggi protein manakala Cinch Mix sedikit mahal tetapi tinggi leucine dan fibernya.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplemen dan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee, anda boleh hubungi saya seperti nombor di bawah. InsyaAllah consultation saya akan berterusan dan kita akan sihat bersama-sama. InsyaAllah

Jazilah Ilyas
011-16111619
Your trusted SID
1070931






 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment