Kecuaian Mereka Ditanggung Si Kecilku

Assalamualaikum..

Berat hati mahu meluahkan, kerana air mata ini tidak mahu berhenti di saat ini. Allahumma yassir..permudahkanlah, tenangkan hati ini..

Ahmad Akram bin Aidi dilahirkan dalam keadaan sempurna sifatnya seawal usia kandungan saya mencecah 26 minggu. Dengan berat hanya 805g, dia berjuang untuk terus hidup di bumi ini tetapi, dalam masa rawatannya di NICU Hospital Putrajaya, hidungnya terkoyak kerana penggunaan CPAP.

Mereka (docs dan KKM) menafikan ia adalah kecuaian, tetapi Head of ENT Putrajaya sendiri sangat kesal dgn kejadian itu. And yes, setelah 2 3 kali turun naik jumpa Lembaga Hospital dan wakil KKM sendiri, they sent us a letter stated it's beyond their responsibility mengenai hidung Akram.


Ahad lepas, 2 March 2014 saya tergamam dan kelu semasa dia tanya mengenai hidungnya. Pertama kali dia bertanya, dengan soalan menikam hati saya sbg seorang ibu "mama, kenapa lubang hidung abang sebelah besar sebelah kecik?" Kelu sribu bahasa saya dibuatnya, basah mata, hati terus mengamuk. Allah Allah.. Dan hari ni 6 March 2014, petang tadi dengan mak sedaranya dia tanya lagi "che lah, kenapa hidung abg camni?". Anak sekecil 3 tahun 9 bulan bertanya "KENAPA HIDUNG ABANG CAMNI?' Hati saya luka seluka-lukanya.



Astaghfirullah, hati saya tengah berperang dengan rasa sakit yang amat. Memang kami belum mampu cari peguam utk bincang hal ni, kerana kami yakin kami seolah diperbodohkan oleh pihak hospital dan KKM kerana kami hanya orang biasa. Ya Allah Ya Allah..maafkan mama Akram, maafkan mama.



Saya tidak pernah duga seawal ni dia akan bertanya..ya Allah ..Kamu yang bertanggungjawab, kami akan lawan sehabisnya! Doktor dan pegawai perubatan dari KKM hanya pandai menyuruh kami kaunseling anak ini bila tiba waktunya tetapi seawal inikah detiknya? Ya Allah..


Wahai anak, ini janji mama. Kita akan dapatkan hak abang, dan mama sedang berusaha yang terbaik untuk abang. InsyaAllah, abang akan mama pertahankan. Abang akan mama jaga sebaiknya. InsyaAllah

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment