Jalan-jalan dengan Bonus Shaklee

Jumaat lepas, masa dok borak ngan permata hati pagi tu tiba-tiba terasa nak berjalan-jalan. Asyik terperap kat rumah je bosan jugak kan. Congak-congak dalam kepala duit bonus Shaklee, haaa lepas lagi ni nak reward diri dan family. Makanya saya suruh si kecil ni pegi cakap ngan papanya "pa, adik nak kutip strawberi" tapi yang sampai pada papanya "pa adik nak kutip jagung"...ehhwheheh. And the rest is the history. Mandi, bersiap dan kemas pampers, baju dan susu anak terus gerak ke Cameron Highland. Unplanned trip, yeah!!

Memang terasa seronok bulan ni. Hasil usaha bulan lepas bonus yang masuk tengah bulan April ni menyamai gaji pertama saya selepas graduate tahun 2007 dulu. CASH BONUS je tau, tak campur UNTUNG RUNCIT hasil berniaga Shaklee. Alhamdulillah, menangis bulan ni tengok jumlah bonus yang masuk akaun ni. Terasa penat lelah terbayar. Dan saya hadiahkan untuk suami, anak-anak dan keluarga yang cukup banyak menyokong saya selama hampir 6 bulan dengan Shaklee.




Kami memulakan perjalanan ke Cameron dalam pukul 10.00 pagi dan memang tak bercadang nak tidur sana pun. Destinasi pertama kami ialah Royal Berries sebab Akram dan Aamily asyik cakap nak petik strawberi. Lepaskan gian anak-anak dulu. Royal Berries ni satu-satunya ladang strawberi Melayu kat Cameron Highland ni. Masa 1st time datang ngan family dulu dok borak-borak ngan tuan punya ladang, tu yang kali ni dah bercadang nak singgah sini. RM3.50 untuk 100g bagi yang nak petik strawberi sendiri. Takde diorang escort je kita. Dok la lama mana pun kat bawah tu.heheehhe.

Lama jugak kitaorang dok kat Royal Berries tu. Setel hajat si Akram then giliran adiknya pulak yang sangat suka jagung. Kami singgah kat pasar dan beli 6 longgok jagung. Haaa, dah cam nak niaga plak bila tengok jagung dalam bonet. Hahahha..Takpe-takpe, memang dah niat nak bagi jagung kat mak-mak sedara sekali, so borong aje la. Since ini adalah unplanned trip dan takde tempat penginapan kami singgah lepak kat masjid jap. Solat, rehatkan diri jap dan plan perjalanan seterusnya.

Perjalanan terakhir kami di Cameron Highland ni ialah di pasar malam Cameron yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu. Borong segala yang boleh borong kat situ :P dan makan kat tepi jalan tu je. Hahahhaa.. Lebih kurang pukul 7.30 malam camtu kami gerak pulang ke Kota Bharu. Penat tapi puas hati. Puas hati dapat gembirakan anak-anak. Puas hati dapat belanjakan duit bonus Shaklee untuk anak-anak. Terima kasih Allah, atas rezeki yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah.

Inilah kepuasan seorang surirumah. Anak-anak di depan mata, membesar dan sentiasa dalam perhatian tetapi pada masa yang sama tetap dapat menjana income untuk keluarga. Tiada yang mustahil dengan Shaklee. Kita usaha, kita dapat. Kita malas, tengok je la orang dok mendaki puncak kejayaan. Kita tentukan apa yang kita mahu, usaha+doa. Seterusnya serahkan padaNya.

InsyaAllah anak-anak, lepas ni kita berjalan ke tempat lain pula. Sampai masanya nanti kita ke oversea pula ya :)

So camana dengan anda? Rasa-rasa nak jana income seperti saya? Nak jadi ahli dan distributor Shaklee? Seorang Working At Home Mom, bekerja di rumah dan menjaga anak tanpa rasa risau dan bimbang? Hanya RM75 diperlukan untuk semenanjung Malaysia dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak. Apabila ada keinginan, insyaAllah akan ada jalannya.

Jom sertai team SUNSHINE saya. InsyaAllah kita bimbing daripada kosong kepada hero, daripada kosong kepada jutawan. 
*******************************************************************************
Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment