Kencing Manis Ketika Hamil

Anda disahkan hamil? Tahniah. Tentu sekarang hati sentiasa berbunga, teruja dan gembira kan? Tetapi awas, anda mungkin ada kencing manis ketika tempoh kehamilan ini. Daripada badan yang sihat kenapa tiba-tiba semasa hamil disahkan ada kencing manis? Mungkinkah?



http://jazilahilyas.blogspot.com/


Kencing manis ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Ia berpunca daripada perubahan hormon dalam badan wanita hamil. GDM biasanya akan hilang apabila melahirkan bayi tetapi berisiko untuk menghidapi kencing manis di kemudian hari. 

Selalunya GDM tidak menunjukkan sebarang simpton tetapi antara tanda-tandanya adalah;

  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • kerap membuang air kecil
  • penglihatan yang kabur

Untuk mengawal GDM, pada peringkat awal kita akan disarankan mengawal pemakanan. Sewaktu kehamilan anak sulung saya, ditakdirkan saya juga menghidap GDM dan disarankan untuk kawal pemakanan dan kadar ambilan gula dan alhamdulillah saya tidak perlu disuntik insulin. Sekiranya bacaan gula terlalu tinggi, ibu hamil akan terus disarankan rawatan insulin kerana pengambilan ubat makan dikhuatiri akan memudaratkan kandungan.

Risiko kepada bayi sekiranya ibu mengalami GDM ;

  • bayi berisiko menjadi lebih besar, mungkin menyukarkan proses bersalin dan harus dibedah caesarean
  • bayi mungkin mengalami masalah kesihatan seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia)
  • bayi mungkin jaundis
  • bayi cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari

SARANAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU GDM


http://jazilahilyas.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas




Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment