Kurangkan Sakit Kepala & Migrain dengan Ostematrix


Bila diserang migrain atau sakit kepala yang kronik, kemungkinan kita tak akan mampu berbuat apa-apa adalah sangat tinggi. Tak boleh ada sinaran lampu, tak boleh ada bunyi bising. Yang kita mahukan hanya suasana yang tenang, damai dan suram atau gelap.

Seawal 9 malam semalam saya dah tidur akibat sakit kepala yang amat. Dah lama tak sakit kepala camni, bila kena serangan kembali terus lembik. Mungkin kerana penat, mungkin kerana tengah datang bulan. Saya tunggu malam tiba kerana nak telan Ostematrix dan nak terus rehat. Saya ambil 4 biji Ostematrix, dan minta suami terus tutupkan lampu. Ditemani permata hati yang masih menyusu badan, saya rehatkan diri dan lelapkan mata.

Bangun pagi ni dengan sakit berbaki yang sangat minima. Alhamdulillah. Terfikir bagaimana pil kalsium boleh membantu menghilangkan sakit kepala? Bagaimana pil kalsium boleh mambantu meredakan sakit semasa haid?


Kalsium membantu meredakan stress dengan mengimbangi tekanan darah, memelihara tekanan jantung, impuls saraf, penenang saraf dan menggalakkan tidur yang selesa. Ia juga membaiki depresi, sakit kepala, mood yang berubah dan pitam.

Dalam masalah haid, kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Dengan kombinasi B Complex yang melancarkan pergerakan darah, sakit kepala akan makin cepat reda dan berkurangan. Saya cukupkan set vitamin pagi saya dengan 3 biji OmegaGuard dan Vitamin C. Tidur sekejap selepas zohor dan alhamdulillah petangnya dah boleh pandu kereta untuk pergi pos suplemen Shaklee pada pelanggan.

Syukur, pertama kali rasanya saya tidak perlu mengambil sebarang pain killer untuk mengawal rasa sakit migrain kali ni. Alhamdulillah.

Anda, yang sentiasa diserang migrain dan tidak mahu lagi terlalu bergantung kepada segala dadah penahan sakit, disarankan mengambil set suplemen lengkap ini secara konsisten. InsyaAllah hidup lebih sihat, kurang tekanan, pengaliran darah yang sihat seterusnya mengurangkan kemungkinan terkena serangan migrain lagi.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

******************************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas









Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment