Kesan CPAP - Perlu Atau Tidak Pembedahan Awal?

Saya dalam dilema lagi. Petang semalam mama berbicara pasal hidung Akram. Seorang guru di sekolahnya willing nak tolong dan dah bercakap dengan doktor pakar surgeri mengenai hidungnya. Kata doktor tersebut tak perlu tunggu sampai 17-18 tahun untuk betulkan hidungnya.


CPAP's effect
Akram sewaktu kecil ~ sangat ketara kelainan hidungnya


Kerosakan hidungnya bermula pada minggu awal penggunaan CPAP. Boleh dikatakan hidungnya terkoyak terus. Kami komplen, buat surat ke hospital sampai ke Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi nasib mentimun seperti kami hanya dipandang sebelah mata. For them the injury is nothing.

Baca kisah awalnya di sini ; Kecuaian Mereka Ditanggung Si Kecilku

Kes Akram ni memang dah dirujuk ke HKL, juga pernah dirujuk ke Hospital Serdang. Doktor surgeri sarankan pembedahan pada umur  17-18 tahun memandangkan ketika itu sudah sampai waktu pertumbuhan matangnya.

Apabila isu ini kembali disebut, saya gelisah. Siapa yang tak nak dia sempurna. Memang boleh untuk melakukan pembedahan awal membetulkan hidungnya tetapi kemungkinan hidung ini terpaksa dibaiki semula adalah amat tinggi!. Saya cuba untuk mengelakkan dia sakit berkali-kali tapi...



AKRAM TAK NAK KE SEKOLAH!


Isu ini kembali disebut suami saya. Pada awal tahun ini kami telah menghantar Akram ke taska berhampiran rumah. Dua minggu ke sekolah walau setiap pagi menangis - saya anggap ia biasa sebagai permulaan kerana apabila balik dari taska dia gembira je. Selepas dua minggu ditakdirkan dia demam dan terus tak nak ke taska. Kami tidak mahu memaksa kerana berpendapat dia masih kecil. Fine di situ.



kesan penggunaan CPAP
Moment happy bersama si adik


Setelah berbulan, ibu dan bapa saudaranya cuba korek-korek rahsia kenapa dia tak nak ke taska. Jawapannya memeranjatkan saya "ORANG MAIN HIDUNG ABANG!" Allahurabbi.. Langsung tidak terfikir mengenai isu ini. Saya cuba diam lagi sehingga saya sendiri bertanya padanya dan katanya "ORANG PEGANG MUKA ABANG!". Anak kecil ini rupanya telah mengalami perasaan low self esteem. 

Adakah patut saya marah kawan-kawannya di sekolah? Mereka hanya anak-anak kecil yang berusia dalam lingkungan 4-6 tahun, juga masih tidak mengerti apa-apa. Sungguh, sangat dalam dilema yang saya hadapi. Bukan alang-alang lukanya perasaan ini. Luaran saya nampak kuat, tapi setiap kali keluarga membangkitkan isu ini, saya serasa mahu mengamuk!

Papanya berkata keadaan ini akan menjadi salah satu sebab dia tak nak ke sekolah. Memang Akram sangat sensitif terutama apabila orang bertanya mengenai keadaan hidungnya. Dia akan tunduk dan diam. Dia hanya berumur 4 tahun, dan sudah mengerti perasaan malu. Sekiranya terjatuh atau ada sedikit luka di mukanya (akibat bermain dengan si adik) dia akan berlari cepat-cepat ke cermin dan melihat mukanya. Sungguh, hati ini sangat risau dan menangis tengok dia begitu.


KENAPA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LEPAS TANGAN?


Walaupun kecacatan hidungnya adalah kecacatan kekal, menurut KKM dan Hospital Putrajaya ia tidak memberi kesan pada pertumbuhan organ lain. Mungkin ada yang berkata saya patut bersyukur. Yes I am! Saya bersyukur dikurniakan anak yang hebat ini. Tetapi bersyukur bukan bererti kita hanya duduk diam dan berpeluk tubuh.

Mungkin saya patut gunakan analogi yang lebih jelas. Kereta kita dalam keadaan elok, dihantar ke bengkel untuk dibaiki kerana kerosakan di bahagian tertentu, tetapi hasil akhir yang kita dapat adalah berlainan daripada yang kita jangkakan. Bahagian yang patut dibaiki telah dibaiki tetapi bahagian lain pula yang telah rosak. Adakah kita hanya redha dan bersyukur? Berpeluk tubuh dan terima sahaja keadaan itu? Tentu tidak kan?


kecuaian pihak hospital
Patutkah si kecil ini menanggung kesalahan pihak lain?

PERLU ATAU TIDAK PEMBEDAHAN AWAL INI?


Buntu! Memang saya buntu. Antara perasaan si kecil ini dengan kesakitan yang mungkin terpaksa dihadapinya sekiranya kami bersetuju untuk melakukan pembedahan awal ini. Bagaimana sekiranya dia terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi apabila usianya mencecah 17-18 tahun kelak? Yang pasti, mengikut pakar surgeri memang hidungnya tidak akan elok seperti asal.

Apa yang perlu saya lakukan wahai para ibu? Apa yang perlu saya lakukan? Suami seolah bersetuju untuk melakukan pembedahan awal ini tetapi saya masih dalam dilema. Mama serahkan pada saya untuk membuat keputusan. Apakah yang perlu saya lakukan?



******************************************************************************************************

Berminat untuk mencuba Set Suplemen & Vitamin Shaklee? Hubungi saya;

iR Jazilah Ilyas (1070931)
sms/whatsapp : 011-1611 1619
blog : http://jazilahilyas.blogspot.com
fb : https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment