Kumpulan Sokongan Anak Pramatang di JEWEL

Ramai ibu bapa yang ada pramatang tetapi tidak tahu mana nak tuju untuk mendapatkan sokongan kan? Antara kumpulan sokongan yang saya kira terbaik adalah kumpulan JEWEL di facebook. Ia sememangnya kumpulan perbincangan tertutup untuk ibubapa yang mempunyai anak pramatang.

Bukan mudah sebenarnya untuk kekal stabil mental dan fizikal bila ada anak pramatang. Tambah-tambah kalau ada anak pramatang yang ex-premature, yang mana anak-anak ini dilahirkan bawah daripada 30 minggu. Tekanan perasaan, ketakutan, kebimbangan dan macam-macam lagi perasaan ibubapa bila ditakdirkan ada anak pramatang ini.

Kami jadi overprotective. Tanya la mana-mana ibu yang melahirkan anak pramatang, kebanyakan dan rata-ratanya sangat menjaga anak-anak syurga ini. Anak pramatang biasanya sangat sensitif, mudah diserang penyakit kerana organ dan sistem badan yang kurang matang semasa dilahirkan.

Anak lelaki saya pun ex-premature baby. Ahmad Akram dilahirkan pada minggu ke26 minggu dengan berat hanya 805g. Lupa bernafas (apnea) adalah antara saat-saat menakutkan kami selain banyak komplikasi lain. Yang perlu kami ada adalah ketabahan, kesabaran dan kebersediaan yang tinggi untuk menghadapi apa sahaja keadaan yang mungkin berlaku semasa dia berada di wad NICU.

Alhamdulillah, proses pembesarannya sekarang memang membanggakan kami. Dapat berjalan sebelum umur setahun, mengenal huruf-huruf dan nombor dengan cepat. Anak pramatang biasanya dikatakan bijak, insyaAllah.

Sekiranya ada ibubapa anak pramatang yang mahu menyertai kumpulan ini, anda boleh tinggalkan details di ruangan komen. InsyaAllah, kumpulan sokongan ini sangat informtaif. Maklumat yang diperlukan adalah;

Nama anak ;

Tarikh lahir ;

Minggu dilahirkan ;

Dan kita perlu menjadi 'kawan' di facebook supaya saya boleh mengusulkan anda untuk join kumpulan ini. Bersama kita menjaga permata-permata hati kita :)

Oh ya, di bawah ini adalah satu video pendek mengenai ibu yang mempunyai anak pramatang. Anatara perkara yang CUKUP PENTING ditekankan sekiranya kita ada anak pramatang adalah susu ibu. Sudi-sudilah menonton ya





*******************************************************************************

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
https://www.facebook.com/jazilah.ilyas




Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment