Pengalaman Membuka Ikatan Serviks (Cervical Cerclage)

Dah start rasa contraction. Kena terus ke hospital ni. Dengan keadaan yang ada cerclage ni, memang tak berapa berani la nak memain bila dah start sakit perut. Karang pecah atau koyak kat bawah ni jenuh pulak nanti.

Maka Ahad lepas 14 Disember 2014 digagahkan diri ke hospital sebab dah mula rasa semacam. Cam biasa ke Labour Room la kan. Check sana sini terus kena tolak ke LR 3, tukar baju putih tu dan dok diam-diam. Laju je rasa masa berjalan. Contraction dah 3/10.

Pukul 7 malam doktor masuk dan tanya sedikit soalan. Ditanya tentang sejarah kandungan-kandungan lepas. Apabila tau je cerclage untuk kandungan lepas dibuka pada usia 36 minggu kehamilan, terus doktor bagitau " Kita buka sekarang la yang ni. Kandungan ni pun dah masuk 36 minggu kan?". Terus diorang pepare alat-alat untuk buka cerclage ni.

Dalam keadaan terkejut, cepat-cepat saya whatsapp suami yang menungggu di luar untuk maklumkan keadaan terkini. Dia pun terkejut bila diberitahu doktor nak buka ikatan ni on the spot. Eh. mentalku tak sedia lagi ni :(   

Proses 30 minit seolah-olah mengambil masa 2 ke 3 jam. Tambah-tambah apabila darah mula keluar dengan banyak. Terdengar doktor bagitau "Bleeding ni". Allahurabbi.. Sakitnya hanya Allah yang tau. Oh ya, proses membuka ikatan ini dilakukan tanpa sebarang bius ya.

4 orang doktor cuba membuka ikatan yang sepatutnya mudah ini tetapi tidak berjaya. Komen seorang doktor "Patutnya diikat pada kedudukan jam 6, ini jam 12. Susah sikit". Terdengar di telinga TAP TAP TAP bunyi gunting tapi tak berjaya memutuskan ikatan tersebut.

Air mata dah tak berhenti. Sakit, memang sakit. Akhirnya doktor mengarahkan pain killer diberi memandangkan saya dah mula nampak tak bermaya. Misi cepat-cepat tolak tong besar yang entah apa namanya tu dan suruh saya sedut. Khayal kejap jadinya. Steroidkah ini?

Lebih kurang 7.30 malam, akhirnya seorang doktor berjaya juga buka ikatan ini. Perit dan pedih rasanya. Doktor beritahu bahagian bawahnya bengkak. Bila dah setel, baru boleh tarik nafas panjang, baru rasa lega. Berkali-kali doktor minta maaf kerana mengambil masa yang lama. Takpelah, nak buat camana kan?

Mungkin ini kandungan terakhir saya. Kot la kan? Hihihih.. Bila dah terbuka ikatan tu, hilang kejap pedih perit sakitnya. Dan doktor minta misi monitor contraction. Kemungkinan untuk terus bersalin adalah 50/50.



Jazilah Ilyas | 011-1611 1619

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment