Aku Dipaksa Bersalin! ~ Part 1

8 Januari 2015, tarikh wajib saya perlu masuk wad sekiranya masih tiada tanda-tanda untuk melahirkan.  Sehingga ke tarikh tersebut, memang tiada tanda-tanda nyata untuk proses kelahiran kali ini. Setakat contraction yang tidak sekata, hanya ada lenguh-lenguh sahaja. Nak tak nak terpaksa saya serahkan diri petang Khamis tersebut. Semuanya kerana GDM on diet control untuk kandungan kali ini.




Bila dah disahkan GDM, memang banyak yang perlu diambil berat. Antara yang terakhir yang perlu diambil berat ialah ibu hamil yang ada GDM tidak boleh bersalin melebihi tarikh yang ditetapkan. Betul-betul kena ikut tarikh EDD yang diberi. Itu kalau GDM on diet control, kalau GDM on insulin lagi la seawall 38 minggu dah diwajibkan bersalin. Antara sebabnya ialah untuk mengelakkan bayi dalam kandungan terlampau besar.

Makanya petang 8 Januari 2015 saya ke Dewan Bersalin untuk diperiksa. Doktor bertugas mula memeriksa jalan kelahiran dan menurutnya jalan baru terbuka 2 cm. Masa tu saya dah “eh..baru 2cm? Ari tu balik lepas remove cerclage tu dah 3cm doc”. Menurut doktor bila tiada contraction, jalan akan tertutup balik. Hmmm..begitu rupanya .




Jadi lepas scan dan segala proses, saya diminta ke wad terlebih dahulu. Masuk wad pun jalan kaki je memandangkan takde sakit-sakit lagi. So rehat jela malam tu. Menurut doctor, kalau tiada perkembangan, pagi esoknya saya akan diinduce dengan cara memasukkan ubat ke dalam faraj.

Selepas solat Subuh, doctor mula memeriksa jalan kelahiran dan menurutnya jalan baru terbuka 3cm. Serviks pun masih tebal. Baby sebenarnya belum ready nak keluar. Saya tarik nafas lega sebab ingatkan induce kali ini hanya dengan masukkan ubat melalui faraj tapi tidak! Doktor suruh saya bersiap untuk terus ke Labour Room. Aik, baru 3 cm kan? Perasaan dah mula bercelaru dan risau..





Bersambung..   

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment