Aku Dipaksa Bersalin ~ Part 2

Berdebar tak hilang lagi, tiba-tiba doktor dok sibuk tanya pasal GBS yang ada tertera di buku merah. Dok terangkan kat doktor bahawa GBS tu ada masa kandungan pertama dulu. Dan lepas tu memang dah takde. Untuk kandungan kali ni pun dah 2 kali buat vaginal swap sebab nak pastikan ada jangkitan atau tak. Dan keputusannya memang negative, tiada GBS.

Tapi doktor sorang ni tak puas hati. Katanya kena  bagi antibiotic, dan kena pecahkan ketuban juga. Saya dah rasa makin cemas, apa pula halnya baru 3cm dah nak dipecahkan ketuban ni? Biar betul?? Tapi memang betul. Bahagian hujung katil terus diubah dan saya diminta sedikit ke bawah. Dalam hati berdoa tak putus moga tak sakit. Dok baca pengalaman orang bahawasanya tak sakit pun bila air ketuban dipecahkan.

But mine was DAMN TERRIBLE. Selepas dicucuk kantung air ketuban, doktor terus korek untuk cuba buka jalan. And yes I cried. Allahurabbi.. Kenapa camni jadinya. Apa yang sebabnya diorang tak boleh tunggu hingga bukaan sedikit besar sebelum pecahkan air ketuban? Dan bila air ketuban dah dipecahkan, confirmla nak jalan cepat-cepat buka risau anak lemas. Tengah sakit tahan akibat dibuka jalan secara paksa, nurse datang pula untuk inject antibiotic ke paha. Dan pada masa yang sama juga drip terus dipasang untuk masukkan ubat Pitocin untuk cepatkan contraction.

Jam kat dinding baru pukul 9.00 pagi. CTG juga terus dipasang untuk monitor jantung bayi dalam kandungan.  Lepas 10 minit contraction dah mula terasa. Saya dah mula terbayang sakit masa kena induce semasa nak melahirkan Aamily dulu. Dahi dah berpeluh. Rasanya lepas 20 minit camtu suami dibenarkan masuk, dengan perasaan saya yang dah berkecamuk.

Awalnya nurse dah offer untuk saya ambil suntikan Nubain untuk kurangkan sakit, tapi saya menolak kerana tak nak bayi dalam kandungan dapat kesannya.  Tapi lepas sejam, kesakitan makin teruk, contraction naik ke 3/10. Jalan masih 3 cm. Kali ini saya dah mengalah, akhirnya saya minta Nubain tapi tidak dibenarkan kerana bacaan CTG tak menentu. Allahurabbi..

Doktor pakar masuk lebih kurang pukul 11, bertanya keadaan dan saya dah lembik menahan kesakitan. Doktor arahkan Nubain dicucuk untuk kurangkan sedikit kesakitan. Saya terlelap lebih kurang 10 minit, dan selepas itu sakit makin kuat. Dah takde apa yang boleh saya buat kecuali berzikir tanpa henti. Memang kali ini sakitnya lain macam. Nurse keluar masuk memeriksa bacaan CTG.

Beberapa kali saya terasa hendak meneran. Bila diperiksa jalan, bukaannya masih 3cm. Langsung tidak berubah. Beberapa kali juga jalan cuba dibuka oleh doktor dan kesakitan semasa dikorek itu tak terucap, tak terungkap dengan kata-kata.

Akibat sakit yang makin kuat, doktor akhirnya mengarahkan saya dipasang oksigen. Kemudian saya diberikan gas untuk disedut. Sedut je gas tu kesakitan langsung tak berkurangan, nurse minta saya sedut dalam-dalam. Saya ikut dan menyebabkan saya sedikit khayal. Gas yang disedut adalah sama kumpulan dengan morfin.

Pukul 1petang, suami minta nak keluar. Saya pun dah lembik terus masa tu. Emosi memang tak stabil. Gas terus disedut tanpa henti. Bacaan CTG jantung bayi up and down. Akhirnya saya terlelap seketika kesan gas morfin tersebut.

Lebih kurang pukul 2 petang, kesakitan makin kuat. Pada masa ini saya dah mula menangis. Nurse keluar masuk minta saya bertenang. Bukaan jalan diperiksa lagi, baru mencecah ke 4-5cm. Saya dah tak tau berapa kali saya ‘diseluk’, ‘dikorek’ untuk membuka jalan. Rasanya dah mengalah, angkat bendera putih.

Contraction dah cecah ke 6/10, bukaan jalan baru 6cm. Akhirnya doktor mengarahkan drip induce saya ditutup memandangkan contraction yang makin kuat tetapi progress bukaan jalan sangat perlahan. Azabnya hanya Allah yang tahu. Sakit, pedih, perit tak tergambar.

Tepat pukul 3 petang, doktor pakar masuk round wad. Melihatkan bacaan CTG jantung anak makin jatuh, saya diminta untuk meneran. Bukaan jalan baru 6 cm. Dengan deraian air mata, saya cuba teran. Tenaga dah banyak sangat  hilang kerana menahan kesakitan yang langsung tidak berhenti.

“ Teran, teran.. jantung anak makin perlahan!” Kata-kata doktor yang sempat terhadam di minda. Sekuat hati saya cuba teran, tapi tak Berjaya, tak berdaya.  “ Call blood bank!” “Serviks koyak ni!”.. Dua tiga ayat doktor yang masih saya fahami.  Tapi mana mungkin saya punya tenaga, kesan morfin yang masih bersisa, sakit yang makin teruk buatkan saya betul-betul hilang upaya.

4 orang MO berada di kiri kanan saya. Masing-masing menolak bayi dalam perut ke bawah, untuk membantu saya bersalin. Sakit yang sangat tak terbayang. Boleh anda bayangkan? Dalam kepala saya kemungkinan besar saya akan ditolak ke bilik pembedahan. Teringatkan kemungkinan itu, saya paksa diri untuk teran tanpa henti. Dengan kata-kata doktor yang tak berhenti jerit mengatakan jantung bayi makin lemah.

Akhirnya, 3.25 petang lahirlah puteri saya. Dengan penuh kepayahan kali ini, akhirnya saya berjaya lahirkan si kecil ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah..Besarnya kuasaMu ya Allah. Puteri ini diletakkan atas dada saya, sementara doktor memotong tali pusatnya tetapi..mengapa anakku tidak menangis? Ya Allah!!

Selesai memotong tali pusat, bayi saya terus diambil. Saya lihat doktor berlari ke bilik rawatan membawa bayi kecil saya. Dibawa terus pada doktor kanak-kanak yang menunggu daripada awal. Dengan keadaan jantung yang lemah, tangisan pun langsung tak kedengaran, suasana sedikit cemas.

Hampir sejam saya menunggu, barulah puteri kecil saya dibawa untuk disusukan. Saya usap wajahnya, saya cium berkali-kali. Alhamdulillah, kami dipinjamkan seorang lagi bayi kecil. Diamanahkan lagi seorang anak, untuk kami sayangi, didik dan pelihara. Bertali-tali air mata saya keluar bila kenangkan saya bakal kehilangan puteri ini tadi. Kata nurse “anak awak pun dah mamai kesan gas yang disedut tadi”. Kesian si kecilku.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Subhanallah, Maha Suci Engkau ya Allah. Anugerah ini akan kami sayangi sepenuh hati, sepenuh jiwa raga. Selepas ini proses pantang bakal bermula. Moga mama dan si kecil ini sama-sama sihat, sama-sama kuat. InsyaAllah



Hari kedua



Hari ketiga




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masih mencari-cari Set Hamil TERBAIK?? Shaklee menawarkan Set Vitamin Hamil Terbaik!!


Hubungi saya untuk konsultasi berdasarkan pengalaman >___<



011-1611 1619 Jazilah Ilyas
Shaklee ID : 1070931

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment