Pengalaman Bertungku Dalam Pantang ~ Mak Bidanku Tertidur

Kemodenan banyak menenggelamkan amalan tradisional yang terbukti baik untuk badan dan kesihatan. Antara amalan yang mungkin diambil ringan ialah bertungku. Betulkah ada kebaikannya apabila bertungku? Atau hanya sekadar amalan orang-orang tua kita yang cukup rumit penjagaannya untuk ibu dalam pantang?


Bertungku secara tradisional

Bertungku boleh jadi momen yang menyakitkan kalau tak betul caranya. Ia juga boleh jadi pengalaman yang memeritkan sehingga kita jadi serik untuk bertungku lagi. Anda ada pengalaman buruk bertungku tak?


Masa saya berpantang anak ke2 akibat keguguran pada minggu ke20, mama panggil bidan kampung untuk mengurut badan dan bertungku. Memandangkan untuk anak pertama saya boleh kata tidak berurut dan bertungku secara teratur, nutrisi pun ke laut, badan memang sakit-sakit. Hari-hari ke NICU melawat anak dan bawa bekalan susu untuk anak prem saya, memang pantang saya dulu kelam kabut.



Tungku moden 


Mengurut dengan bidan ini memang buatkan badan rasa sedikit berbeza, tetapi apabila tiba masa bertungku, serik!! Sangat serik!! Sebabnya makcik ini kerap tertidur semasa bertungku. Boleh bayangkan bagaimana panasnya tungku tersebut apabila ia tak diangkat? Hehehehe.. Bila saya gerak-gerak sebab kepanasan, baru perasan rupanya mak bidanku tertidur. Alahai >__<


Untuk anak ke3, saya diurut oleh tukang urut lain. Sangat berbeza. Bertungku dengannya pun memang seronok. Pengalaman yang berbeza ini buatkan saya tetap dengan kakak ini. Dari awal pantang hingga hari ke40 saya diurut dan ditungku olehnya. Untuk pantang anak ke4 kali ini pun saya tetap berurut dengan dengannya.


Apa pentingnya bertungku? Tak cukupkah dengan hanya diurut? Sebenarnya bertungku sangat elok untuk keluarkan darah-darah beku semasa berpantang. Selepas setiap sesi bertungku, memang badan rasa sangat selesa dan darah keluar dengan lebih lancar. Badan pula jadi lebih ringan.


Sekiranya darah nifas tidak keluar dengan lancar, ibu berpantang akan mengalami sakit-sakit di bahagian peranakan. Maka kaedah bertungku ini memang sangat-sangat membantu. InsyaAllah. Jadinya, bagi ibu-ibu yang berpantang, cari tukang urut atau bidan yang menyediakan khidmat bertungku ini. Ia sangat membantu badan lebih 'segar' selepas darah-darah ini keluar dengan lancar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah berurut, dah bertungku tetapi bagaimana dengan pemakanan untuk kesihatan luaran dan dalaman? Saya cadangkan Set Pantang Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan badan kita. Badan pun jadi kuat dan sihat dengan lebih cepat. Tak percaya? Tonton video testimoni ini..




Jadi tunggu apa lagi kan? Meh dapatkan Set Pantang Shaklee yang awesome dan telah banyak membantu ibu-ibu untuk kembali sihat dan cergas dengan lebih cepat. Percayalah, ia akan jadi detik pantang yang sangat berbeza dengan pantang-pantang sebelum ini *___*


Hubungi saya untuk Set Pantang Shaklee ya. Hotline saya ada kat bawah hokay :)


011-1611 1619 


Jazilah Ilyas


Shaklee ID : 1070931

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment