Anak Demam Hingga Tak Mau Makan Minum

Suhu badannya dah mencecah 39°C. Panas betul badan Aamily kali ini. Surender kami dibuatnya. Terus ambil ubat demam untuk dimasukkan ke bontotnya. Menangis lagi puteri sulung ini.. Sepanjang malam tidur mama tak lena. Kejap-kejap bangun pegang dahinya. Kejap-kejap check suhunya. Kejap-kejap betulkan kain atas kepalanya.




Anak demam dan tak sihat! Keadaan yang pasti buatkan ibu bapa gelisah. Bagi saya yang sepenuh masa berada di rumah dengan ank-anak, takdelah sakit kepala fikir nak apply cuti atau apa. Risau hanya pada anak semata-mata, tidak pada perkara lain.

Semalam masuk hari kedua puteri saya ni demam. Siangnya tak tinggi sangat suhu tapi bila malam, terus panas badannya. The worst part dia tak boleh tidur. Kesian sungguh.


masa tengah rajin menulis


Amalan saya apabila anak demam, saya akan pastikan mereka tidak berbaju atau berpakaian seminima mungkin. Biasanya dengan pampers sahaja. Kepala sentiasa basah dan berjelum. Kool fever letak kat belakang badan diorang sebab kalau letak kat kepala dibuang dek bebudak ni nanti

Seboleh mungkin juga saya akan elakkan untuk bagi ubat a.k.a dadah kat anak-anak. Kerana itu saya konsisten bagi mereka vitamin setiap hari. Sekurang-kurangnya demam 5-6 bulan sekali jauh lebih baik daripada demam tiap-tiap bulan kan?

3 vitamin ini antara suplemen yang saya bagi untuk anak-anak. Yang tiada dalam gambar adalah Chewable Vita-C Plus. Ini anatara vitamin untuk anak-anak dan orang dewasa juga.  




Meal Shakes adalah antara suplemen yang diambil dengan sangat konsisten. Setiap pagi apabila buat susu mereka, saya akan masukkan sesudu kecil Meal Shakes ini sekali. Anak-anak pun sangat sukakan Meal Shakes ini kerana rasanya yang sedap dan lazat




Moga puteri sulung saya cepat recover daripada demamnya. InsyaAllah dipermudahkanNya. Yang penting tawakal dan  ikhtiar.

Sekiranya ibu-ibu juga ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak, boleh hubungi saya untuk kita bincang-bincang dan borak. InsyaAllah consultation terbaik daripada saya.





011-1611 1619 | JAZILAH ILYAS
Shaklee ID : 1070931
Facebook :  https://www.facebook.com/jazilah.ilyas

Share this:

, , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment