Tips Mengawal Anak Mengamuk

Anak perempuan saya sangat suka mengamuk. Amukannya memang boleh buat mama tarik nafas panjang-panjang nak menngamuk sama. Dek kerana biasa dah tengok dia mengamuk, kami ada beberapa tips untuk mengawal anak kecil ini daripada terus mengamuk.

First and foremost biasanya saya akan pujuk je dia dulu. Tanya kenapa dia mengamuk dan apa yang dia mahukan. Kebiasaan amukannya sebab bergaduh dengan si abang. Dan abang dah awal-awal melarikan diri risau dipukul adiknya.

Tapi biasalakan, kalau dah tengah mengamuk tu takde sangat la dia nak response kat mamanya ni kan. Sama ada dia teruskan amukannya tu atau dia buat tak tau je. Berangin anak daraku ini. Hehehe




Kalau jalan pujukan tidak berjaya, biasanya saya akan bagitau suami supaya buat tak tau je tapi intai-intai la dengan ekor mata apa dia buat lepas tu. Biasanya bila di rasa orang tak layan dia, makin lama dia akan makin elok semula. Tapi ambil masa jugak la.Penat agaknaya tunjuk perasaan tapi orang buat tak tau je :P

Tips paling ekstrem ialah mandikan dia. Haa, ini kalau dah segalanya tak jalan, nak-nak pula mengamuknya waktu Maghrib memang kena la. Atuknya pernah mandikan dia dulu bila si kecil ni seperti hilang kawalan bila mengamuk. Reda la jugak nampak amukannya itu. Api lawannya air, kan?

Tapi la kan, ada jugak la masanya mamanya surender dan jadi monster balik. In fact banyak kali pun. Kena berlatih banyakkan sabar, sabar dan sabar. Hehehehe




So camana kawan-kawan di luar sana mengawal anak mengamuk? Harap-harapnya perkongsian saya ini boleh membantu bila anak asyik mengamuk atau tantrum.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment