Bayi Yang Menyusu Susu Ibu Tidak Kenyang

Saya selalu berkerut dahi apabila baca  atau dengar ibu-ibu mengadu baby yang mereka susukan tidak kenyang dan sentiasa kelaparan. Ada juga yang mengadu baby asyik nak melekat menyusu je sampai tak boleh buat kerja lain terutama pada awal bulan kelahiran.


Benarkah kenyataan ini? Sebenarnya, ada betul aduan ibu-ibu ini. Baby yang menyusu susu ibu ada yang sentiasa kelaparan dan seolah-olah tak cukup susu. Nak tahu kenapa ini terjadi?






Pernah dengar tak orang-orang tua selalu berkata payudara sebelah kanan adalah nasi, yang kiri adalah air? Jadi kalau nak bagi baby kenyang, kena mula menyusu daripada sebelah kanan dan setrusnya kiri  ^_^.


Betul ke kata orang-orang tua ini? Haaa..kat sini kita perlu tambah ilmu. Ibu perlu tahu dalam susu ibu ini ada komponennya tersendiri. Konsepnya lebih kurang seperti nasi dan air, cuma kena perbetulkan sedikit je lagi.


Susu awalan yang terhasil daripada KEDUA-DUA payudara bersifat lebih cair kerana ia mengandungi lebih air. Ia dikenali sebagai foremilk. Baby akan hilang dahaga melalui foremilk.


2/3 susu selebihnya lebih pekat kerana ia mengandungi lemak, kalori dan nutrien. Fungsinya untuk menghilangkan kelaparan dan baby lebih kenyang apabila mendapat hindmilk ini.




Jadi bagaimana nak mengatasi baby yang kononnya asyik kelaparan ini? Senang je ibu-ibu. Susukan baby dengan lebih lama untuk sebelah-sebelah payudara supaya mereka mendapat kedua-dua foremilk dan hindmillk ini. Biasanya ia memerlukan 10-20 minit penyusuan untuk setiap belah payudara. Jangan terlalu cepat menukar payudara semasa baby tengah menyusu.


Semoga perkongsian ini memberi sejuta manfaat pada ibu-ibu. Sokonglah penyusuan susu ibu kerana ia adalah titisan emas yang tidak mungkin dapat digantikan dengan mana-mana susu sekalipun :)

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment