Sistem MLM Banyak Menipu, Wajib Cari Orang

Kita sangat skeptikal bila dengar MLM. Betul kan? Haa.. Dah terangguk tu membenarkan pernyataan saya ni. Tapi kenapa kita anti sangat dengan MLM? Betul ke sistem. MLM ni menipu? Ada pengalaman buruk dengan MLM? Pernah melabur duit dalam syarikat yang claim mereka MLM? Atau kita cuma dengar-dengar cakap orang je? Kita tau tak apa sebenarnya MLM tu?

Masuk MLM je MESTI cari orang. Mesti labur duit nak capai level. Mesti cari kaki sebelah. Betul tak? Ini yang ramai faham kan? Betul ke ini peraturan wajib MLM? Atau ini hanya modus operandi sesetengah syarikat yang memanipulasi sistem MLM?

MLM ini akronim untuk Multi Level MARKETING. Ia hanyalah satu cara dalam banyak cara untuk memasarkan produk sesuatu syarikat. Ada syarikat yang menggunakan jurucakap untuk memasarkan produk mereka. Ada syarikat yang membuat billboard besar-besar untuk memasarkan produk mereka.  Bagaimana pula cara pasaran syarikat MLM ini?

MLM mensasarkan ahli-ahlinya (pengedar) untuk memasarkan produk syarikat. Sebagai contoh, ABC mempunyai produk sendiri. Berapa capaian ABC ini sekiranya ia memasarkan produknya secara bersendirian (tanpa jurucakap atau billboard) berbanding 10 orang yang berlainan memasarkan produk yang sama? ABC mungkin mendapat 1,000 pelanggan sehari jika bergerak bersendirian. Tetapi jika ABC menggunakan sistem MLM dan mempunyai 10 ahli (downline), pelanggan mungkin mencecah 10,000 sehari (1,000 X 10). Ia mengembangkan perniagaannya menggunakan downlinenya. 

Inilah maksud MLM yang sebenarnya. Daripada syarikat membayar kos pengiklanan kepada jurucakap atau billboard, syarikat membayar komisen kepada pengedarnya sebagai kos pengiklanan dan pemasarannya. Jelas kan? Jadi apa yang salah dengan sistem MLM ini?

Adakah wajib cari orang? Cari orang di sini ialah dalam konteks untuk memasarkan produk. Jadi jawapannya adalah YA. Orang ini berfungsi sebagai ejen pemasaran, yang juga akan mendapat komisen atas usaha pemasaran dan jualannya.

Dan sebenarnya ramai yang tak tahu. SHAKLEE adalah Syarikat MLM. Tak percaya? Sebab amat jarang kita dengar pengedar Shaklee sibuk nak rekrut orang. Kan? Kalau setakat rekrut tapi takde hasil jualan, tiada apa yang mereka dapat. Dan di Shaklee juga tiada istilah anda bayar ribu riban untuk mendapat pangkat. Modal anda hanyalah RM69.00 sebagai ahli. Malahan anda boleh je jadi ahli secara percuma 😊

Di Shaklee, anda jadi ahli supaya anda dapat menikmati harga ahli. Dan jika anda ingin berniaga, anda boleh terus memasarkan produk tanpa halangan lagi. Makin banyak anda jual, makin banyaklah komisen anda. 💰

Jadi bagaimana dengan persepsi semua syarikat MLM menipu? Dah tentu tidak kan? Cuma kita je yang kurang faham bagaimana sistem ini berfungsi. Ingat kata kuncinya iaitu MARKETING. Bukan RECRUITING ok? 😉
.
.
.
.
.
.

Jika anda sedang mencari-cari cara untuk menambah pendapatan, anda boleh sertai kami. Anda buat, anda dapat. Sebagai upline, kami akan guide anda untuk sama-sama berniaga dan berjaya insyaAllah


📲 011-1611 1619
FB : Jazilah Ilyas


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment