Set Hamil Shaklee Bantu Kandungan Cukup Bulan

Bagi ibu yang pernah melahirkan anak pramatang, mesti ada rasa trauma apabila hamil lagi. Kan? Of course saya sangat faham sebab anak sulung saya adalah ex-prem baby 26 minggu (survive) dan anak kedua 20w (meninggal). Jadi bila nak hamil lagi terus terfikir boleh ke anak dalam kandungan survive at least sampai 37 minggu?

Masa saya hadiri kelas nutrisi Shaklee dengan Pakar Nutrisi, beliau ada tanya tentang baby prem ni. And guess what? Katanya salah satu punca bayi dilahirkan tak cukup bulan kerana ibu tidak cukup nutrisi. Telan air liur la jadinya bila dengar gitu. Rasa bersalah pada anak. Tapi berdasarkan pengalaman, saya boleh akui kenyataannya memang betul :(

Masa kandungan ketiga, serviks saya telah diikat (cervical cerclage) untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang lagi. Untuk kandungan ini saya ambil unpaid leave kerana tak boleh melasak. Duduk lama sakit, gerak lebih-lebih sakit. Jadinya banyak masa dihabiskan dengan bedrest.

Vitamin yang dibekalkan klinik kesihatan diambil secara teratur. Tang vitamin ni memang saya tak culas. Ada nyawa lain dalam perut kan? Haruslah jaga elok-elok. Aamily dilahirkan cukup-cukup bulan 37 minggu. Dilahirkan seminggu selepas cerclage dibuka dalam keadaan sihat walafiat, alhamdulillah.

Agak serik dan trauma untuk mengandung lagi sekali sebenarnya.  Tapi seronok tau ada anak kecil ni :). Semasa Aamily menjengah umur setahun setengah, saya mula kenal vitamin Shaklee. Ingatkan lepas Aamily dah takde adik lain dah tapi keadaan berubah sungguh lepas makan vitamin Shaklee. Badan rasa sangat sihat, cergas. Sakit- sakit lama makin kurang dan reda. Buasir sembuh, migrain sangat jarang kena, gastrik dah say bye bye. Siapa yang tak suka kan?

Jadinya bila badan dah rasa kuat, saya bagitau husband perancangan untuk tambah anak lagi. Hehehe.. Alhamdulillah kandungan keempat ini memang nutrisinya cukup lengkap. Protein, zat besi, asid folik, vitamin C, kalsium dan omega 3. Semuanya teratur dan lengkap.





To cut the story short, kandungan keempat ini memang lahir pada due date. Masih lagi kena cervical cerclage kerana nak mengelakkan risiko. Tempoh buka cerclage dan kelahirannya selang sebulan. Memang lama. Siap kena induce lagi sebab baby masih tak nak keluar. Seronok dok dalam perut mama agaknya.

Siapa sangka kandungan saya yang berkondisi cervical cerclage ini boleh survive sampai 40 minggu? Doktor pun sebenarnya tekejut. Kalau tak ikhtiar, kita tak tau kan?

Kawan-kawan yang pernah mengalami series of miscarriage atau ada kelahiran anak pramatang, nasihat saya ialah kuatkan diri kita dulu. Sebenarnya kita sangat kekurangan nutrisi. Pemakanan kita kurang sana sini. Tuan puan ada ambil 4-6 jenis sayur dan buah dalam diet harian? Takde kan? Sebab itu kita kena topup dengan suplemen. Bila badan dah kuat dan sihat, insyaAllah kandungan kita juga akan kuat bertahan.





=====================================================================

Jazilah Ilyas
SIDPro iReach : 1070931
Whatsapp : 011-1611 1619
FB : Jazilah Ilyas




Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment