Benarkah Ibu Hamil dan Menyusukan Hanya Perlu Bayar Fidyah Jika Tidak Mampu Puasa?

Banyak pendapat-pendapat yang tersebar di internet bahawa ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak boleh berbuka puasa dan tidak perlu menggantikan puasa mereka. Persoalannya betul ke semudah dan seringan itu?

Jujurnya semasa saya belajar Feqah, dinyatakan secara umumnya ibu hamil dan meyusukan anak diberi rukhsah dan kelonggaran untuk membuka puasa sekiranya tidak larat atau terlalu letih. Dan wajib ganti semula puasa tersebut.

Tetapi kebelakangan ini selalu dapat pertanyaan dan pernyataan bahawa ibu hamil dan menyusukan ini jika berbuka puasa kerana tak mampu hanya perlu bayar fidyah sahaja tanpa perlu ganti puasanya. Persoalannya benarkah kenyataan ini?

Saya kongsi penerangan daripada seorang ustaz mengenai masalah ini.




Isu tidak larat berpuasa semasa hamil dan menyusukan memang sangat difahami. Cuma perlu juga kita fikir sama ada kita sudah berikhtiar untuk mampu berpuasa atau tidak.

Maka perlu kita jaga pemakanan, ambil suplemen untuk menampung keperluan diri kita. Pengalaman saya sendiri, dengan mengambil kurma dan ESP sepanjang berpuasa dengan keadaan hamil dan menyusukan anak, alhamdulillah badan masih bertenaga dan susu juga cukup untuk anak. InsyaAllah ESP membantu kita kekal bertenaga walaupun semasa hamil atau menyusukan .

Islam itu mudah tetapi jangan terlalu memudahkan 😊

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment