5 Tips Hilangkan Berat Badan dengan Berkesan

Bila berat badan kita dah berlebihan sudah pasti kita masuk dalam kategori obesiti. Membaca, mendengar pun sudah menyakitkan apalagi jika mengalaminya. Namun bukan senang untuk menurunkan berat badan. Banyak yang perlu kita ambil kira.


Pengedar Shaklee Kelantan
Pedih hati dan mata bila baca kenyataan ini :(


Ini hakikat yang cukup pahit untuk kita terima. Malaysia negara orang gemuk. Mungkinkah sebab kita kaya dengan kepelbagaian makanan? Atau kerana kita kurang bersenam?

2 konsep paling utama dalam menurunkan berat badan ialah JAGA PEMAKANAN & BERSENAM. Mana satu yang lebih susah untuk kita lakukan? Saya pilih bersenam. Kekangan masa dan tempat selalu jadi halangan kan? Balik kerja dah penat, nak berehat dengan keluarga pula. Maka jadilah senaman itu impian yang hanya sekadar di minda.

Jadi nak tak nak kita kena ambil pilihan jaga pemakanan kita. Antara asas utama ialah KURANGKAN GULA & GARAM dalam pemakanan kita. Cuba pantang air manis untuk seminggu. Hanya ambil air kosong semata-mata. PASTI anda boleh tersenyum dengan perubahan badan selepas itu. Tak percaya? Cuba lakukannya hari ini :)

Saya kongsikan 5 tips penting untuk menurunkan berat badan bagi orang-orang yang sentiasa sibuk.




Antara point yang disarankan adalah kerap meminum AIR LIMAU. Seeloknya AIR LEMON. Minum begitu sahaja tanpa gula. Setiap pagi dan sebelum tidur. Badan akan rasa lebih ringan dan segar.

Kita juga disarankan untuk mengambil lebih protein dalam diet harian. Kenapa perlu protein? Protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Jadi kita kurang berasa lapar yang memungkinkan kita untuk sentiasa makan. So kurang makan (makanan rapu) kurang berat badan.

Pilih protein yang berkualiti tinggi untuk kesihatan kita. Saya sarankan tuan puan memilih Energizing Soy Protein yang sudah dibuktikan dengan pelbagai ujian klinikal untuk menjaga kualitinya.

Minum air kosong sekitar 2-3 liter setiap hari. Secara kasarnya, setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Jadi boleh buat berapa anggaran air yang kita perlukan setiap hari.

Jom amalkan gaya hidup sihat. Kurangkan berat badan berlebihan. Kurus tidak semestinya sihat tetapi gemuk sudah pasti tidak sihat.



Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment