Apa Anda Perlu Buat Selepas Kemalangan? Jangan Tertipu Dengan Janji Nak Selesaikan Sendiri


Korang pernah eksiden tak? Apa yang korang buat? Settle sesama sendiri atau claim insurans?

First thing first Kak Jaz nasihatkan korang buat report dulu. Kalau kata nak settle sesama sendiri pun better buat report.

Kenapa?

Ni haaa Kak Jaz nak cerita pengalaman sendiri eksiden 2 minggu lepas. Kena buat pengajaran sungguh la. Tak pasal-psaal terbang duit. Kak Jaz yang drive masa tu sebab husband sakit kaki akibat muscle pain and stress.



report polis pasal kemalangan, denda report lambat, claim insurans lepas kemalangan, kemalangan ringan, cara report lepas kemalangan
Gambar google


Masa tu Kak Jaz nak masuk simpang. Sangat yakin lepas je dengan motor dan kereta yang datang daripada arah bertentangan. Dah masuk simpang tetiba nampak sebuah motor pun masuk simpang jugak dan tiba-tiba dia cross depan kereta dan bang! Terlanggar bonet depan dan dia terseret.

Masa dia cross depan kereta tu Kak Jaz terus cakap "Kenapa dengan budak ni?". Seriously Kak Jaz pelik kenapa tiba-tiba dia cross depan kereta.

Tapi perkara dah jadi. Parking tepi dan terus pergi tempat adik motor ni. Dia pun terus bingkas bangun dan tanya "Kak tak nampak saya ke?"

I was like.... Nampak je, nampak awak masuk simpang dan cross depan kereta. Tapi malas nak panjangkan cerita.

Masa dia tengah tengok motor, dua penunggang motor yang lain datang dekat Kak Jaz dan bagitau "budak ni memang laju daripada tadi kak". Hurmm.. Takpelah. Katanya motornya brek patah.

Kami tengok keadaan dia. Ada sedikit luka di kaki, perut dan lengannya. Terseret camtu, mesti luka. Confirm. Orang kampung tolak motornya ke kedai depan dan kami terus bawa dia ke hospital.

Dah cuci luka, inject matikan kuman, masuk jumpa doktor dan doktor suruh x-ray. Okay Kak Jaz uruskan semua. Dalam masa dok tunggu dipanggil x-ray, parentsnya datang.

Si bapa tengok-tengok anak, terus datang jumpa kami dan tanya nak settle camana? Husband cakap tak kisah, nak report claim insurans pun takpe, boleh aje.

Long story cut short si bapa kata tak yah report. Small injury. Takde patah apa pun. Cuma luka seretan tu. Lawyer pun tak nak ambil kes camni,kecuali ada patah-patah. Jadi kami pun okay jelah. Nanti esoknya dia akan call untuk bincang.

Lepas dah settle kat hospital tu kami balik. Husband tanya gementar ke? Nak nangis? I said NO. Sebab Kak Jaz sangat yakin bila masuk simpang tu. I am very cool sepanjang urus adik tu kat hospital.

Esoknya kami tunggu call bapanya. None.

Lusanya dia call, tapi katanya dia sibuk. Tak sempat lagi nak access motor. Okay takpe. Take your time kata husband.

Dua hari lepas tu diam lagi. Kami berkira-kira juga nak bagi few hundreds, sebab luka dia tak teruk tapi pasti sakit badan. Terhempas gitu, terseret.. Pasti sakit. Kami faham. Tapi husband kata tunggu dulu.

Malam esoknya si bapa call lagi. Tup-tup kali ni kata nak buat claim insurans. Dapat juga seringgit dua katanya.

Kami agak marah.Ya,selepas bincang tak nak report tiba-tiba nak report pula. Selepas berhari-hari. Tapi kami malas nak serabutkan kepala.

Pagi esoknya kami tanya sana sini, semua nasihatkan settle sendiri. Tapi memandangkan diorang nak camtu gak, kami malas nak bertekak. So kami ke balai polis trafik berdekatan. Polis check tiada rekod. Pihak sana belum buat apa -apa report pun. Hish

Pegawai bertugas tanya cerita. Dah memang jadi salah Kak Jaz sebab nak masuk simpang. Camana pun akan jadi salah Kak Jaz. So dah kena denda kat situ RM300. Lewat report another RM300.

RM600! Camana pun kami akan kena RM600. Makanya pegawai bertugas nasihatkan tak yah report lagi. Sebab pihak sana tak report pun. Ntah-ntah tetiba dia kansel ke apa. Sedangkan kami dah kena RM600. So kami balik dulu.

Eksiden Isnin malam - 13 Februari 2017.
Panggilan pertama - 15 Februari 2017
Panggilan kedua nak claim insurans - 16 Februari 2017
Ke balai untuk report kali pertama - 17 Februari 2017

Lepas tu mereka diam je. Husband dah malas nak cerita dah. Banyak ragam katanya. Kita tunggu je game diorang. Kami pun dah dapatkan nasihat lawyer jugak.

Ahad 19 Februari 2017 pagi-pagi lagi si bapa call katanya nak pergi buat report. Orang ni la kan.Tak tau la nak kata apa... Pukul 8 pagi masa dia call tu.

Husband cerita apa yang bakal jadi. Husband refuse untuk bayar another RM300 sebab denda report lambat kerana itu berpunca daripada pihaknya, dan minta pihak mereka yang bayar. Sebenarnya ini nasihat kawan-kawan lawyer kami. Bukan kami yang tak nak report at the 1st place, tapi mereka yang tak nak. Jadi tak fair la kalau kami kena denda kat situ.

Katanya nak tanya lawyer dia dulu. Okaylah. Kami tunggu.

Tup-tup pukul 9 lebih call lagi minta kami ke balai polis. Mereka dah kat sana. Dah buat report. Nak kami ke sana on da spot. Haihla..

So kami ke sana. Si ibu pada adik ni terus cakap "Polis tanya napa kami tak report lagi?" Eh dia ni. Kami dah datang since Jumaat lagi. Agaknya suaminya tak cerita apa yang jadi.

Kalau korang kat tempat kami agak-agak apa korang jawab kat si ibu ni?

Pegawai bertugas yang kami jumpa senyum je. Pegawai yang sama. Tak banyak cerita beliau terus taip report. Geleng kepala je dia. Kami sengih jela. Heh heh. Tak make sense katanya. Rupanya family ini jumpa dengan pegawai lain awal tadi.

Dah siap report pegawai tanya mana kereta kami. Nak ambil gambar. Husband bawa masuk ke kawasan balai. Dua kali pegawai tersebut pusing keliling kereta. Mana yang rosaknya? Kak Jaz ketawa je. Nombor plat je yang patah, dan ada la calar kat bonet depan tu kesan geseran tu.

Tak puas hati pegawai tersebut. Pusing lagi kereta. Kami bagitau tu je tuan. Takde apa dah.

Beliau geleng kepala. Nak claim apa ni tanyanya? Mana la kami nak tau. Berapa sen boleh dapat ni? Entahla

Tunggu tunggu tunggu pegawai penyiasat keluar. Beliau tengok adik ni, kecederaannya. Tengok kereta kami. Pastu terus cakap "Nak claim apa ni? Patah takde apa pun. Saya bagi bincang dulu la. Kalau dah masuk dalam konfem percuma je awak bagi RM600 kat kerajaan Malaysia"

Ibunya terus menyampuk kata sepupunya yang sanggup dan kata boleh claim insurans. Pegawai balas kot-kot sebab nak ambik hati saudara mara maka cakap gitu. Tapi mereka berkeras jugak nak teruskan so go ahead la. Kami dah malas sebenarnya, sebab nampak tak nak toleransi.

"Takkan diorang nak bayar cam insurans boleh bayar" Kata si ibu. Husband Kak Jaz tengok je Kak Jaz. Kak Jaz sengih jela. Kerek ya? Elok-elok kami nak bagi pun terus kami tak nak bagi pape.

Kedua-dua pegawai geleng kepala. Kami sengih je. Hah hah

So anaknya dipanggil ke dalam untuk bagi statement. Lepas dia keluar, dok sekejap diorang datang tempat kami kata nak balik. Husband tak bukak mulut dah pasal denda lambat report RM300 tu. Katanya biar je. Orang camni memang takde toleransi. Biar je dia.

Kak Jaz diam je. Then it comes to my turn. Masuk la dalam bilik bagi statement. Masuk-masuk terus pegawai cakap orang ni jenis nak duit je ni. Kak Jaz senyum je. "Biarlah tuan. Panjang-panjang cerita pun buat sakit jiwa je. Lantak la dia" 

So long story cut short, settle semua report. Pegawai buat keluar resit dan kami bayar je. Malas nak panjangkan cerita dah.

"Lain kali kalau eksiden, sikit atau banyak salah atau tak datang je buat report untuk cover diri. Tengok ni tak pasal-pasal awak kena RM300 denda lambat report. Dia takpe bagi excuse sebab sakit walau tak warded pun"

Ha..gitulah pesanan pegawai penyiasat trafik ini. Moralnya? Jangan percaya mudah-mudah janji orang. Huhu

Ikat perut la kami the rest of the month. RM600 terbang melayang camtu je.

Pegawai penyiasat kata kira dah sette ni. Biar diorang yang uruskan selepas ini. Tak yah susahkan diri dah.

Okaylah. Biarlah mereka. Moga-moga berbaloi dengan apa yang bakal mereka dapat nanti

Share this:

,

CONVERSATION

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak apalah.. Bukan rezeki kami kali ni :)

      Delete
  3. Tabah kak jaz. Moga Allah ganti rezki lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Suami pun tak nak fikir dah. Takpe.. Ada pengganti yang lebih baik insyaAllah :)

      Delete
  4. HUHUHU..NAYAA JE KAN. RM 600 TU DAH BOLEH SUPPORT BELI SUPLEMEN SEPARUH BULAN DAH TU

    ReplyDelete
  5. panjang juga cerita tu..

    tulah susah kalau mindset nak akan duit je..

    lain kali report je polis..bagi RM3OO

    budak tu salah atau kita yang salah..tetap kena RM300

    fikiran pun lebih tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tuan. Sebab deal sebelum ni lain, jadinya lain. Pengalaman supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

      Pengajaran sungguh

      Delete
    2. pengalaman begini sangat berguna untuk kami sebagai pembaca...

      pesan saya..perbanyakkan doa dan sedekah kerana amalan ini jadi penepis musibah

      Delete