Menjemput Rezeki VS Mencari Rezeki

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi..

Apa harapan kita hari ini? Sebagai seorang peniaga, pastinya kita harapkan sales kita hari ini tak putus-putus. Lebat selebat-lebatnya. InsyaAllah, semoga hari ini kita beroleh segala keberkatan dan kemurahan rezeki yang tidak terjangkau.

menjemput rezeki, mencari rezeki, amalan menjemput rezeki, ayat seribu dinar

Banyak nasihat yang menyarankan kita untuk menjemput rezeki berbanding mencari rezeki. Apa beza jemput dan cari? Bukankah tujuannya adalah sama?

Benar tujuannya sama. Tetapi caranya sangat berbeza.

Pernah tak kita perasan sukarnya rasa bila kita mencari rezeki? Rasa penat, strugle, frustrated bila apa yang kita target tak tercapai.

I was there as well before. Rata-rata memang ramai yang rasa camni.. Sedih kan?

Sebenarnya ada cara yang lebih praktikal untuk mendapatkan rezeki. Adacara yang lebih mudah untuk mendapat rezeki.

Jemput rezeki. Ya, kita perlu jemput rezeki. Kita boleh berusaha semaksima mungkin, tapi akhirnya yang memberi adalah Allah SWT. Kita tidak memiliki kemampuan untuk mendapatkan hasil itu tanpa izinNya.

Maka 'bodeklah' Dia. Kita jemput rezeki dengan lakukan amalan yang mendekatkan diri kita padaNya.

Kak Jaz pernah baca kata-kata seorang wanita yang berjaya "Untuk kita jadi VIP pada pandangan Allah, kita mesti jadikan Allah sebagai VIP kita".

Yang paling utama dan penting adalah solat wajib. Jika belum lengkap solat kita 5 kali sehari semalam, kita lengkapkan terlebih dahulu. Jika sudah lengkap kita awalkan. Perbaiki segala bacaan dan rukun solat.

Topup dengan solat-solat sunat dan amalan-amalan membaca Quran dan zikir. Hati kita akan rasa lebih lapang dan mudah untuk menjalankan urusan kita sehari-hari.

Beribadah hanya untuk dapat rezeki? Tak ikhlas gayanya.

Ramai kan yang kata camni? Soalan Kak Jaz pula mudah - kalau kita tidak meminta pada Pencipta kita Yang Maha Berkuasa, kita nak mintak dengan siapa?

Jika kita rasa 'terpaksa' nak melakukan semua amalan ini atas dasar tidak ikhlas, jangan mudah mengalah. Ikhlas itu akan datang dengan sendirinya. Perlahan-lahan dan akan jadi sangat manis akhirnya.

Seperti firman Allah dalam ayat seribu dinar di atas, 'sesiapa yang bertakwa padaNya akan dibukakan jalan keluar baginya dan rezeki yang tidak terhitung dan tak tersangka'.

Mudah kan?

Jom jemput rezeki kawan-kawan!


011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengedar Bebas Shaklee


Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Suka dengan terms 'bodek', 'VIP' tuuu...yup kalau kita tunggu ikhlas sampai bila pun tak terbuat..untuk permulaan memanglah kita kena paksa dan insyaAllah akhirnya nanti slow2 akan dtg keikhlasan tu..

    ReplyDelete