Benarkah Anak Tak Menyusu Susu Ibu Sukar Dilentur?

Benarkah anak yang tak menyusu susu ibunya sukar dilentur? Benarkah anak yang tak menyusu susu ibu lebih nakal?

Ingat tak suatu ketika yang kecoh bila ada statement anak yang menyusu susu lembu perangai cam lembu? Hot sangat masa tu. Ramai ibu-ibu melenting. Dalam diam Kak Jaz pun terasa juga sedikit.

Anak sulung Kak Jaz dilahirkan seawal 26 minggu. Sangat kecil dan fragile. Beratnya hanya 805gram, tak cecah pun 1kg. Badannya kecil sangat. Nak pegang pun cuak je rasa.

Cabaran bagi ibu muda yang anak sulungnya pramatang bukan mudah bagi Kak Jaz. Pengalaman masih belum ada. Yang ada ketika itu adalah keinginan yang kuat untuk menyusukan dia sepenuhnya supaya dia cepat membesar dengan sihat.




Semasa hamil, Kak Jaz dan suami hadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Putrajaya. Ilmu penyusuan kami kutip sedikit demi sedikit demi anak tersayang.

Seawal kelahirannya, Kak Jaz bekalkan susu ibu sepenuhnya. Jika anak yang cukup bulan pun sangat memerlukan susu ibu, apa lagi anak pramatang sepertinya. Dah boleh jatuh tahap wajib untuk bagi dia susu ibu.

Tapi malangnya bekalan susu untuknya tak bertahan lama. Seingat Kak Jaz ia hanya bertahan kurang daripada 4 bulan. Frustrated yang tak dapat digambarkan pada ketika itu. Macam-macam juga yang kami cuba usahakan tapi tak berjaya.

Rupanya bekalan susu Kak Jaz drop teruk kerana Kak Jaz hamil lagi lepas tu. Tapi kehamilan ini langsung tak disedari.

Rezeki si hero untuk dapat susu ibu memang tak lama. Selepas Kak Jaz keguguran adiknya, dia sempat menyusu seketika tetapi tak lama. Kak Jaz terpaksa tinggalkan dia bersama mama aboh di kampung.

Bila diingat kembali, tertanya-tanya juga kenapa Kak Jaz tidak pam susu dan bekalkan ebm padanya. Mungkin pada masa itu dok terfikir itu susu adiknya. Sangat-sangat kurang ilmu pada masa itu.

Kekesalan itu Kak Jaz tanggung sampai sekarang. Ada rasa ralat yang tak dapat dibuang dalam hati ini. Atas sebab itu, dua adiknya sekarang memang fully BF sampai lebih 2 tahun.

Kadang-kadang, bila lihat kenakalannya terdetik juga rasa hati adakah sebab dulu dia tak fully BF? Pernah Kak Jaz suarakan rasa hati ini pada suami. Tapi kami istighfar cepat-cepat. Semuanya qada' dan qadr Allah.

Benar susu ibu itu  boleh mempengaruhi kelakuan anak tapi tidak sepenuhnya. Ia bergantung juga pada asuhan kita.

Lagipun nakal si hero ini hanyalah proses hidup seorang kanak-kanak yang masih belum mengerti sepenuhnya. Dalam nakal dia, dia sangat manja dengan Kak Jaz sampai papanya selalu usik dia adalah anak bongsu mama :)

Bagi ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anak atas sebab kesihatan, Kak Jaz sangat faham keadaan anda. Tetapi jika anda sihat walafiat dan tiada halangan lain, Kak Jaz rayu supaya anda berikan susu ibu sepenuhnya untuk si manja. Paling tidak untuk 6 bulan pertama.

Walaupun asuhan kita yang menentukan perangai anak kita, tetapi apa yang masuk ke perutnya juga ada pengaruh.

Jika anda perlukan seseorang untuk berkongsi mengenai susu ibu, boleh whatsapp Kak Jaz. Jika rasa penat semasa menyusukan anak, terasa bekalan sedikit berkurangan boleh ambil suplemen untuk topup tenaga kita.

Menyusu perlukan tenaga dan kekuatan yang banyak. Kita sihatkan diri kita, insyaAllah kita akan mampu berikan susu ibu yang terbaik untuk anak kita.


anak susu ibu, anak susu tepung, anak nakal gara-gara tak minum susu ibu, susu formula untuk anak, anak pramatang, set menyusu shaklee, set pantang shaklee, pengedar shaklee kota bharu



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931


*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment