Bagaimana Mahu Khatam Al-Quran Sepanjang Bulan Ramadhan?



Assalamualaikum wbt

Tak terasa dah seminggu kita berpuasa. Sekejap sangat rasa masa berlalu.

Seminggu kita puasa ni, berapa juzuk dah kita baca? Dah habis 7 juzuk atau dah berganda?

Sebenarnya tak susah nak khatam Al-Quran dalam sebulan ni. Dengan syarat kita kuat semangat dan konsisten.

Setiap kali lepas solat fardu, kita baca sekurang-kurangnya 4-5 mukasurat. 5 kali waktu solat, insyaAllah habis sejuzuk.

Ataupun selepas waktu Zohor yang biasa kita guna untuk makan tengah hari, kita cuba penuhkan masa dengan tadabbur Al-Quran.

Tak terasa cepatnya kita boleh habiskan sejuzuk sehari. Memang bulan Ramadhan ni sangat ajaib berbanding bulan-bulan lain.

Nak beribadah pun rasa mudah dan tenang je, insyaAllah.

Jom kita sama-sama khatam Quran dalam sebulan bulan Ramadhan ini. Gandakan ibadah kita pada bulan mulia ini.

Salam sayang
~Mama Jaz

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment